Jumaat, 8 Mei 2015
TANK BROMELIAD
TANK BROMELIAD-habitat mini di puncak pokok.

TANK BROMELIAD:Dedaunnya menakung air hujan menjadi sumber minuman kepada haiwan atas pokok.

Famili bromeliaceae termasuklah bromeliad tropika mempunyai daun berlapis-lapis dan berfungsi seperti 'mangkuk' menadah air. Tank bromeliad tumbuh di atas pokok dan bergantung pada angin untuk menyebarkan benih.Air takungan tank bromeliad bukan sahaja menjadi tempat minum haiwan di lapisan kanopi seperti monyet dan burung malah menjadi habitat berudu,larva,serangga dan ketam pokok kecil untuk berlindung dan membiak.tumbuhan ini dianggap sebagai ekosistem mini di lapisan kanopi hutan hujan.
POKOK ARA-pohon buah tertua di dunia
gambar pokok ara

pokok ara merujuk pada genus 850 spesies dalam famili ara tersebar luas mendiami Asia Timur dan Mediterranean.Berdasarkan rekod sejarah,penggalian pada 5000 sebelum Masihi telah menemui sisa kayu ini malah pokok ara digelar Sri Maha Bodhi dipercayai pokok tertua yang ditanam oleh manusia.Ia ditanam di Sri Lanka pada 288 sebelum Masihi.Ia dianggap suci kerana dipercayai merupakan anak pokok daripada pokok di mana Buddha duduk ketika mendapat cahaya kebenaran.
Langgan:
Catatan (Atom)